Beloved Fwenz

18 December 2010

fragnances.NET

BAGAI IRAMA DAN LAGU
tak lengkap lah hidup orang perempuan ni tanpa perfume kan, dalam era globalisasi ni kau jangan maen2 taw laki pon da ramai yang tak buleh berpisah dengan perfume.

AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS
hubungan kekeluargaan yang erat antara perfume dengan perempuan.kalah adek beradik you.!! you olzz penah dengar ke perempuan bergaduh dengan perfume? tak penah kan. tak penah kan.

BAGAI KUCING DENGAN ANAK_KUCING
kalau kucing and anjing pantang berjumpa musti nak bergado., ha perempuan dengan perfume yang hebat2 pon pantang berjumpa jugak. kalau berjalan melepasi kedai perfume tuh, kepala menoleh 90degree jugak laa..kalau bole pusing 180degree sure da pusing kepala dah. heheeeee

BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH
nak kate nye orang pompuan ni sangat lah secure terhadap perfume2 diorang. dah beli mahal2 kan, sampai nak gune pon sayang..tehee ~ nak tumpah kan apetah lagi. ade sesetengah perempuan tu, kalau member nak pakai sikit perfume diorang.,
 "ha kau langkah mayat aku dulu". 
ish ish =.= aku tak macam ni yer harap maklum. 


ni lah favourite perfume aku and yang aku tengah guna currently. sangat lah best.!! aku suke sangat bau dia yang macam sweet.macam nak makan nyumnyum!!


below are my best suggestion to you guys also., cubelah..conpem tak menyesal.i loiikeee ~





14 December 2010

bola basket di bilik syakirah


tingtong.! tu bukan bunyi loceng pintu rumah tahu tapi bunyi kepale otak aku yang tengah tingtong sebab mawu tido..teheeeee  =.="

ni merupakan first day aku as a mahasiswi tau..penat mencari kelas kat uia yang besar nih jangan cakap lah.tu belum campur lagi dengan saat dan ketika kami tersesat dan terpusing-pusing mencari arah lagik. tangkap leleh wa cakap sama lu. uhukuhuk

objektif:
sebenarnya tajuk entry kali ini dah jauh terpesong daripada matlamat aku menulis entry. tapi untuk meng-kover balik karangan aku yang terpesong ni, mari lah aku kaitkan cerita-cerita yang tersirat dan tersurat ye,  T_T


ini adalah cebisan-cebisan gambar taaruf week kita orang yang sungguh menyeksakan.tido tak sampai 4jam and mandi sehari sekali and tido di masjid and dengar briefing yang non-stop. jemput melayan diri.



okay cube korang teka aku di mana saat ini. salah.bukan kat dewan CAC lah tapi aku kat bilik syakira madzlan sebab tu aku boleh online haihaaaa  T_T  ha..cube korang teka mane syakira? mustilah die malu2 nak bergambar kankankan.. "malu ke? hmmmmm

ni lah yang aku geram.and nak mengadu. setelah berhempas pulas kengkawan aku mendaftar kan wifi UIA ni sampat tersesat2, akhirnya aku discover yang bilik aku tak dapat connection!! jawabnye aku tidak dapat online di bilik.!! cis cis cis
faktor ini ah yang membuat aku berhijrah seketika di bilik syakira madzlan memandang kan line kan bilik die sangat best and laju.. T_T  nangis jap.


yang paling membengangkan is p1.wimax aku juga tidak membantu langsung.!! haihhh kau ni memang betul lah.. saya dengan ini menyeru kepada syarikat wimax tolong lahh improve coverage anda di gombak.!! pleasseeeeee . dasar berukband..teheee
marah tak.,marah tak...

okay yang pasal bola basket tu pulak aku tipu je, mane si syakirah ini ada bola basket, bola basket aku tengah aman d bilik kek umah den laa..haaa motif diaa is tadi on the way to bilik dia and diorang tadi aku ternampak court basketball lalu teringat kat my bb kat umah tu haaa...rindu kat my bb is not my blackberry or my baby okay tapi my basketball.huhu
okay sekian terima kasih. =.="
objektif tercapai.


01 December 2010

a daY out with encik kesayangan.


i always nervous everytime i need to hang out with him. seriously i do.
he can't understand why is that so..neither do i.

But one thing for sure, i'm having a great time while being with you and i'm freakingly afraid of losing you. 
*buleh tak kalau i nak jadikan phrase i'm afraid of losing you tu alasan kenapa i suka tarik muka especially time you nak hantar i balik umah eventhough kita da sehari suntuk spend time together?? hee

okay enuff with the romance, sebelum readers label aku nih jiwang. haha oh nooo, not at all. Tapi kan, we did have a perfect date everytime we went out together. hurm..almost lah kan kalau tak ade arguement tu tipulah pulak. Satu fact pasal our date,, WE DO LOVE TO HANG OUT AT NIGHT. Maybe sebab aku ni nak jadi vampire palsu tu one of the reason kan. Tapi kamo orang jangan salah faham. Aku ni memang lahh sangat suka kalau keluar hangout malam2, even dengan kawan2 aku. Rase dunia time malam nih happening, lagi2 rumah aku kat tengah2 KL yang sibuk lagi meriah ni. Panas pon tak.. Lagi pulak, major reason is my encik kesayangan is a putera lilin. hahhahaha nampak macam tak cool but it is actually kind of cute. like sweatt~ =.="

seriously aku ni tak sampai hati kalau nak keluar dengan dia siang2 apetah lagi time panas tuh.nanti aku nampak laa muka dia tu merah2 macam terok gila pastu buat muka comel tengah menahan panas. Mulalah aku terasa dia tu cantik and aku nih macho kan.  T_T
Walau pon begitu kan (haha skema skema) , whenever we go for a date and wherever we went to does not matter,all i know is i'll miss him everymoment i realise he is not by my side. n_n

CCM PARTY at KFC taman putra

Ahlan wasahlan

Haih.dalam kebuntuan yang sedang melanda diri ini aku decide tok update blog aku yang telah lama tidak terupdate. Okay mari berbicara tentang CCM KFC PARTY yang aku hadiri baru2 ini. yeahh

ouh i wonder ape natang CCM tuh kan. jawapannye CELEBRATION FOR CUSTOMER MANIAC.
ouh i wonder pulak ape natang MANIAC tu kan.berapa banyak wonder lah kau ingat ni wonder girl kee..  =.=" jawapannye ialah kegilaan.ya. maniac is kegilaan terhadap sesuatu. dalam case KFC protocol ini ialah staff and manager and yang sewaktu dengannye bertindak sebagai seorang individu yang saangat gilakan customer.kami sangat gembira kalau customer datang memeriahkan kfc kami.  T_T
*padahal dalam hati berdoa..jangan lahh kfc aku ramai customer ari ini supaya aku bole bekerja dengan mengangkang iaitu tidak berbuat ape ape  =.="

untuk memeriahkan suasana, tema CCM PARTY KFC TAMAN PUTRA kali ini ialah tradisional. ade gak kakak2 sokseksoksek "ape daa tema tradisional,bosan. cubelah tema sexy and hot kew,ape lagi boleh lah aku bergaya sakan meaawwwww.!!!"  T_T haih..yelah ape2 lah kakak2 sekalian...


so ini merupakan manager aku merangkap kawan kecik2 aku merangkap jiran merangkap pengangkap dan perangkap dan serangkap pantun.. haihhh
ouh SITI pinky HAWE name glamour dye.kuikui


yang ini ialah si gorgeous IDRIS. He is a convert tawtawtaw. Sangat bersopan dan lemah lembut dalam dunia.sumpah tau aku tak tipu.. suara dia.ohh my sangat lah perlahan dan bersopan, korang nak dengar dia membebel or melawak bodoh apatah lagi. Subhanallah.


ini lak KAK RAWK. haha tidak.nama dia ROKIAHJAN. She is a senior dalam KFC.sape nak isi booorang.hehhehehee


tara.!! special souvenir for CUSTOMER MANIAC TEAM.
jangan jeles.ini tiada di pasaran yeawwwww


ini manager currently di KFC TAMAN PUTRA.
*sementara stok masih ade tawtaw.hehheee
p/s: yang tengah tu RM aku MISS NIZA. bukan sugar mummy lah, dye jadi RM stands for restaurant manager yakni bos kpd manager2 aku nih..huhuu dye single lagi.sape nak sape nak.


ini lah warga gurlll dan wanita kat KFC.kami sangat comel dan menceriakan hari2 KFC kami.haha
enuff perah santan, okay yang guys pulak sori malas nak letak gamba.tengok sendiri di album facebook aku.haha jangan marah.


ouh.ouh. mari mahu cerita. alkisah nye setiap department kena buat satu persembahan untuk malam ni. oleh kerana sebab saya sibuk, saya tidak berbakat, saya malu2 anjing, saya ada penyakit A.K.A SAYA MALAS. manager aku miss niza telah mengarrange satu pertandingan yang sangat gila. aku tak suka pertandingan itu kerana ianya macam nightmare.wuwuwwuu. untuk kesejahteraan bersama mari lah kita sama2 tak bercakap pasal pertandingan ini. 

tapi satu perkara lagi yang lawak ialah malam ni ade nomination untuk THE BEST DRESS untuk laki and pompuan. laki kene vote untuk 3 calon girl and girl pon ramai2 sepakat kena vote untuk 3 calon boys. ala2 finalist gitu. yang kelakarnye.. aku terpilih sebagai finalist ampa nak tawwwww... padahal kan.malam tu aku kerja shift yang terakhir., so tak mandi tak ape teros tuka baju and tunggu kengkawan lain datang dari uma..
tambah2 kelaka.kitorang finalist nih disuruh buat catwalk.!! oh nooo korang bayangkan lah aku yang kaku lagi kayu ni jalan kucing macam mana. hahaha untuk kesejahteraan bersame merangkap keamaanan sejagat juge elok lahh gamba2 kitorang tu tak aku siarkan.. buruk bebeno ghupenyee  T_T

MENANG?? dah kate aku kaku lagi kayu kan, conpem2 lah tak menang kan.haih baju yang aku pakai pon cikai2 je ala2 cukupkan syarat je. nak tahu sape yang menang?? KAK RAWK. dye pakai punjabi suit yang liplapliplap bebb... GLAMMMM gitu.. hidup KAK RAWKKKKK 

pape pon it is a great honour to be part of the team. i am proud to be a customer maniac. huu
macehhh..macehhhh..  n_n










21 November 2010

VAMPIRE NEVER SLEEP


amboi besaw naw post aku kali ini yak..kihkih
okeh assalamualaikum semua kawan-kawan lawan-lawan. kalau kamu orang tengok detik dan ketika aku menulis entry ini pon kamu orang da boleh tahu kan penyakit tak bisa tido aku tengah menyerang. Seperti biasa, memandangkan encik kesayangan telah nyenyak tido maka aku membawa diri yang tak berapa nak duka lara ini *sebab tengah bahagia heeeee..... and decide untuk membebel seratus ribu patah kata seorang diri dengan harapan ado orang yang sudi membacanye  T_T  eh eh cam desperate pulak aih.takpe takpe kalau takdo orang nak baco pon takpe. aiman tak kesah.heee

hah stylo tak pic kat atas nih.kankankan. sudah tentulah pic ini describe pasal  VAMPIRE. hah korang yang tengok aku nyer entry yang lepas pasal vampire musti kena tahu satu lagi fakta pasal vampire nih iaitu VAMPIRE NEVER SLEEP. ini lah aku punye perangai. bukan la aku tak perlu tido langsung,,wuuu hanya Yang Maha Esa jer ada sifat tuh.. *ehem vampire nih konon2 jer tak pernah tido*  -_-! tapi aku punyer waktu tido sangat2 lah sedikit lagi2 mase aku duk MRSM, ngn UiA.. 

macam yang korang tengah bace nih pon..aku menulis blog untuk menunggu waktu Subuh (dah Subuh dah pon) and kejap lagi aku kene g kerja balik kol8 and balik kol6. Pastu dalam perancangan Encik kesAyangan iaitu si dia yang bertuah intan payung mucuk muchuk ni haaaa, amek aku balik kerja and after mandi2 tuka baju aku nak keluar pulak spend masa dengan encik kesayangan nih. hebaT kan hebat kan.  T_T  memanglah aku menempah maut kihkihkih  takpe takpe sayang punye pasal.

FYI, *for your information  n_n  aku nih asalnye memang tak sukeee sangat minum segala jenis minuman berkafaein such as nescafe,kopi ke,tea ke memang laa pantang. rokok apetah lagi kan aku lah yang pakse ayah aku berhenti merokok sampai last2 dia kena athma sebab berhenti merokok mendadak  -_-!  *manelaa aku nak tahu,mase tuh aku kecik lagik*
tapi, lepas masuk MRSM aku tengok trend bebudak hostel minum nescafe tanak bagi ngantok.Lepas aku tery, ambik kaw terus melekat sampai sekarang. So, tiap malam aku prefer minum nescafe as my supper..Pastu mule lah aku ligat tak boleh nak tido sampai kul4.30 pagi setiap hari.Lame2 aku pon da terbiase tak tido malam sampai lah sekarang. Kalau aku cerita kat bebudak laki tuh mesti diorang kata aku hebat sebab selalunye budak laki jer yang ada penyakit nih.heeee  =.=!

aku tahu aku tahu ramai yang bagi nasihat yang sama.nanti kafein bawak effect buruk.padan muka aku sekarang aku pun da selalu sakit kepala.known as MIGRAIN. Nak buat macam mana kan,, aku tengah belajar so nescafe laa supper terbaik untuk aku.. Cuma ape yang aku boleh buat sekarang is, aku tak minum nescafe tyme weekend and cam sekarang cuti sem, dah dua bulan aku tak minum nescafe.Moral of the entry is, 

JAUHI LAH SEGALA JENIS CAFFEIN KALAU KORANG MAW HIDUP LAMA, AND JALAN ALTERNATIF UNTUK TIDAK TIDUR IS BERUBAH MENJADI   VAMPIRE.!!

T_T *nanges melihat kesengalan diri yang tidak dapat dibendung lagi.

19 November 2010

mari muhasabah diri ini.

assalamualaikum. *kene penuh2 kalau salah spelling nanti bawak maksud lain tahu. =,=!


eheee..pada subuh yang hening ini (lagi berapa jam lah) aku yang sedar diri tak sempurna dan suke ber enjoy lagi2 time2 cuti sem nih.nak ajak lah kamu orang bace at least artikel nih. al maklum lah dah hari2 happy kan, at least ada lah sedikit makanan untuk rohani. sekurang2 nye aku menambah pengetahuan dan aku harap dapat kongsi dengan sahabat2 yang aku sayang.


*************************************************************************************************************


Satu peristwa yang telah diisyaratkan Rasulullah SAW sejak dahulu, akan tiba masa dimana matahari akan terbit dari arah sebelah barat. Dan tanda-tanda inilah yang akan menjelaskan kepada manusia bahwa KIAMAT SUDAH DI AMBANG PINTU!

Tapi, sebelum terbitnya matahari dari barat, ia akan didahului oleh waktu malam yang sangat panjang, hingga disebutkan bahawa seorang muslim telah mengerjakan solat malam hingga letih dan telah tidur hingga puas, namun subuh belum juga menjelang. Jika ini telah dirasakan, petanda bahwa esok pagi matahari akan terbit dari barat. Peristiwa ini hanya terjadi satu hari, keesokannya matahari akan terbit sebagaimana biasanya. (Fathul Bari, Kitabur Riqaq juz II)

"Kiamat takkan terjadi sebelum matahari terbit dari barat. Apabila manusia telah melihatnya (terbit dari barat), maka berimanlah seluruh penduduk bumi. Tetapi pada saat itu tidak bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya, yang sebelumnya tidak beriman." (Bukhari-Dari Abu Hurairah RA)

Dan peristiwa ini menjadi rantai urutan-urutan waktu: Setelah matahari terbit dari barat, juga munculnya binatang melata yang dapat berbicara, dan keluarnya asap yang memenuhi seluruh bumi.

Asap ini akan menyebabkan seorang mukmin seperti demam, sedang kepada orang kafir akan menyebabkan seperti melepuh dan keluar asap dari telinganya. ( Tafsir Ath Thabari : 25/114 ).

Asap ini muncul sebagai peringatan awal bagi orang-orang kafir. Ia akan berjalan selama 40 hari dan meliputi seluruh manusia. Setelah kemunculan asap ini, akan datang angin yang lembut dari arah Yaman yang akan mencabut nyawa setiap orang mukmin. Rasulullah SAW bersabda,

"Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang lembut dan menerpa lewat ketiak mereka, kemudian mengambil roh tiap-tiap orang mukmin dan muslim, dan tinggallah manusia-manusia jahat yang keadaannya kacau balau seperti himar, maka pada zaman mereka itulah kiamat terjadi. (HR.Muslim ).

 "Sesungguhnya petanda yang pertama muncul (menjelang kiamat) ialah terbitnya matahari dari barat dan munculnya binatang melata yang menemui manusia pada waktu Dhuha. Mana saja dari keduanya yang lebih dulu terjadi, maka tidak lama sesudah itu, yang lainnya pun segera terjadi." (HR. Muslim)

Dan ini juga dijelaskan dalam firman Allah SWT dalam surah Ad- Dukhan (10-12): 

"Maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata. Yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman".

"Maka tatkala mereka melihat azab kami, mereka berkata, 'Kami beriman hanya kepada Allah semata, dan kami kafir kepada sembahan-sembahan yang telah kami persekutukan dengan Allah.' maka iman mereka tiada berguna bagi mereka, tatkala mereka telah melihat siksa Kami. Itulah sunnah Allah yang telah berlaku terhadap hamba-hamba-Nya. Dan di waktu itu binasalah orang-orang kafir." (QS. Ghafir: 84-85)

" Mereka tidak menunggu selain datangya hari kiamat kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyadarinya." (QS. Az-Zukhruf: 66)

************************************************************************

Subhanallah, Maha Agung semua yang Allah ciptakan. Semua ini da tertulis dalam Al-Quran sejak dari zaman Rasulullah dahulu. Bahasa yang digunakan sangat lembut and steady kan..tapi siapa yang membaca potong jari aku gerenti sedikit sebanyak akan merasa gerun. Hah perasaan ini lah yang kita cari, semoga kite dapat manfaat dari ape yang kite bace. Again, bukan niat aku untuk berceramah sebab aku tahu aku pun tidak lah hebat tapi niat aku untuk berkongsi dengan semua orang.


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.! winkwink  n_n

05 November 2010

Hari ini 1st tyme saye memakan hati,limpa dan jantung,paru2,berapa ekor lembu makkkk

Kenapa.Bila.Bagaimana.Dimana.Siapa.


Susah nak explain.Tapi aku nak menconteng untuk tenangkan fikiran.Aku tak boleh tido and i wonder how my boifren is..kerana ini adalah kali pertama aku merajuk BESAARR PUNYA dengan dia.Ye.pasal hal yang remeh temeh bagi dia tapi tidak bagi aku. hal ape??


ouh.Hal rumahtangga adalah secret and cofidential. ekekekeee


TAPI. Ini adalah hasilnye.
1.I told him that i hate him. Tapi i was a great liar! kerana sebenar nya the one that i hate is myself.! aku benci diri aku yang semasa kami bergado.aku benci diri aku yang punya peraasaan itu.Ye.aku benci perasaan aku masa itu yang SAKIT HATI, yang SEDIH, yang CEMBURU. yang MARAH..
pastu bile aku kene tinggal sorang-sorang, aku masih benci diri aku yang masih sayang kan kau. Kenape aku ni tak jadi heartless je. Kenapa aku ade perasaan macam ni.sakai.


2.Ini adalah rahsia yang aku tak beritahu si dia.Ini hari pertama aku datang......bulan purnama mengambang. *malumalumalumalu  -_-! jadi emosi ada lah di tahap yang critical kalah ibu mengandong semua benda yang kecil juga adalah sangat sensetif di saat ini. Kau pulak datang gatal nak cari pasal dan buat hal..mintak maap lah sayang tak dapek den nak menolong. Lepas tuh pandai pulak kau nak memujuk membuat lawak orang pandai, menggoda dan membodek..sorry lah sayang semua tak jalan.
Kata my sayang 
       "Selalu i pujuk u kejap jea.ari ni lame pulak.heee"
       Sorry lah sayang, tu pon tak jalan gak.Aku ngah emoemoemo pahaaaam taktaktakkkkk


3.Ego aku tinggi kalah gunung everest.Ye.aku mengaku. Aku sangat2 rase tak boleh nak maafkan kau and admit yang aku still sayang kau, perlukan kau, tak nak pape jadi kat relationsip kita. Tak taw kenape tapi sangat susah nak mengalah.Sebenarnya..apa yang aku kate, aku sangat2 tak bermaksud,tapi sebab nak macho.aku buatt gak...walaupon last2 aku yang sedih sorang-sorang   T_T
hasil dia macam ini lah: 
      u ; (pujuk2 i)
      me; dah laa..pegi.!!
      u : betol ni?? seyes ni???
      me; YE.!!   *ego tahap cipan.padahal dalam hati aku, kau nih gile ape mesti laa aku tak seriessss.!!
      me; dah la,take care.  *nak menguatkan hujah, dalam hati aku nak kau pujuk lagi lah sengal.
      u ; k la..tengs..bla..blaablaa (tak pujuk aku.  T_T)
      me; K,BYE  *ahhh kau da tak nak, aku ape lagi.!!


Okay pastu aku sedih sorang2.n harapkan kau mesej pujuk aku.. Tapi kalau esok pagi kau pujuk,,konpem kene maki ngan aku. amboi kau boleh tido pulak sebelum nak pujuk aku.aku pulak penat2 tunggu kau sedih2 sambil tulis belog pokpekpokpek...


sebenarnye.aku nekad 
YOU ARE THE LAST ONE.!
hee..korang jangan bagitahu boipren aku..jatoh laa ego den. shhhhhh..ini rahsia kite. winkwink*






kalau korang tejumpa dia tolong ciumkan dia untuk aku
*hoi hoi untuk lelaki saje je.!! yang laen jangan nak mengadeeee*


ouh ya. bila aku nak fix things up?? tunggu lah bila ego aku da rendah sedikit. Tapi harap2 he will make the first move. Sian sangat kat die actually. My boifren selalu kate
"sayang, u ni mudah sangat merajuk.but u tak pernah nak pujuk i kalau i merajuk" wuwuwuwuw
ololololoooooo  ilysm sayang. tawtaw

30 October 2010

Makan malam maksudnye makan banyak.

Assalamualaikum.


Hari ini dalam sejarah setelah aku yang sedia maklum gemuk memaklumkan kepada kau orang semua yang aku telah berjaya menggemukkan diri yang telah gemuk ini baru sebentar tadi.
Lokasi : Restaurant Nelayan, Titiwangsa.  *mesti maw pergi tau, makanan dyer perghhhh.!! okay stop.




dalam keta Honda City yang dipandu laju oleh cousin aku.
ecehh konon nak buat muka termenung memikirkan mane laa aku nak kene bawak makan nih* tapi tak jadik laa sebab tengah pandang camera.   T_T


okay kami dah sampai.!

kami dah sedia.! kami dah sedia.! nak makannn
perot masing2 dah main gamelan.sebelum ia mnjadi lagu black metal baik kami masuk dan order
huhuuu


ouh ini lah orang yang menjadi pemandu merangkap causin aku. heee


makanan yang lambat mengakibat kan kami pergi ke luar dan jalan2 cari pakwe.
oups!! tak lah encik kesayangan diorang jer yang pg,, i tak.!!


Excusee,, i tumpang makan dulu. u olls, jemputtt.!!
MENU :
tomyam mushroom+sotong+udang
telur dadar
nasi putih
sayur kailan ikan masin
sotong goreng
ikan sweet sour
teh cina
air pelbagai kaler mengikut pilihan masing2
desert longan and sea coconut ice


ouhhh best lahhh siottttt




Blluurrpppp.!!! Alhamdulillahhhh....

Muka yang telah kekenyangan.Yang sorang tuh dah terbayang2 katil dan bantal kat rumah agaknye.


 okay ini causin aku juga. die eksiden main ragbi. haihh  -_-!


okay jangan nak seronok sangat lah lihat ini bil.
Naseb baikk aku tak kelua duit.huhuuhhhh


 kitorang nak balik nih..lambai kepada pelayan2 disana. Lelaki dan perempuan yee incik kesayangan jangan marah peleaseeeee..


 lambai kepada Restaurant Nelayan juga.!!! jangan rindu2 tawww


Helo rumah ku Syurgaku kami sudah pulanggggg..!!!
n_n

29 October 2010

Ada apa dengan Cullen.

Okay di mana mahu mula.


Okay di sini. heee tujuan aku menulis entry ini adalah untuk menjawab semua tema dan persoalan personifikasi metafora simile hiperbola. eh eh maksud aku ramai orang yang tak paham kenape name Cullen tu penting bagi aku. kalau setakat tak paham tak pe, ni pakej dengan sebutan pon salah. adeh  -_-!


Dengar sini.please lend me ur ear.huhhuu  CULLEN itu adalah name keluarga bagi vampire. Vampire itu apakah?? Okay vampire itu adalah sama erti dengan *pontianak dalam bahasa melayu atau adik beradik *dracula kalau nak up seket. hahahaa. Meh aku kenalkan korang dengan The Cullens. 




okay dari kiri sekali itu ialah Jasper, then awek dyer Alice, Emmet n his girlfren Rosalie dan yang paling kanan itu ialah cinta hati kedua aku EDWARD CULLEN.  *yang petame tu boypren lah.hii


Mari jumpa keluarga The Cullens.









ini lah motif hidup dan punca makanan vampire. BLOOD atau darah manusia. Tetapi tidak bagi keluarga THE CULLEN. ini kerana mereka adalah vampire yang bertauliah dan tidak mengacau orang lain.macam aku.hee diorang da restrain *menahan diri masing2 daripada hidup dengan darah manusia. INstead, diorang ni akan pergi memburu binatang and jadikan blood binatang sebagai makanan. baik kan? baik kan?


can you see how smart they hunt?? -_-!


ini ialah rupa vampire biler terkena sunlight.
they are sparkling and beautiful. okay ini ialah edward  *pengsan sekaranggg


okay ini ialah edward lagi  *pengsan sekali lagi


yer. mereka hensem2 dan cun2 membuatkan aku teringin nak kawen dengan vampire. dalam hati pulak cakap *eeee..bole tak kalau aku nak jadi vampire. huu  T_T bodoh.bodoh.aku tahu. tetapi.!!! kalau korang jumpe dengan pontianak jangan pulak korang kate "incik vampire sile lah gigit saye kerane saye nak jadi macam awak" SALAH.!! kalau dalam kes ini, sile lah LARI SELAMATKAN DIRI. atau bace Al-Quran dan sembahyang.
n_n 

yer. aku jumpe diorang nih dalah muvie jer.. and aku jadi addicted dengan diorang., bukan,, dengan edward sahaja.huuu selain muvie diorang ada klua dalam bentuk novel juga. mengikut series, korang kene tengok semuaa untuk lebih faham, mengikut urutan.








ini lah kisah vampire yang boleh didapati di bookstore. Murah jer.
Tapi for your info, muvie dan novel ceritanya tak sama kerana cerita di novel adalah lebih gempak, happening dan best. Tapi korang kene tengok dua2.!!


Untuk lebih mengenali keluarga THE CULLENS serta lebih banyak photo yang stylo dan gempak dan smart untuk dilihat..sile klik link ini