Beloved Fwenz

18 December 2010

fragnances.NET

BAGAI IRAMA DAN LAGU
tak lengkap lah hidup orang perempuan ni tanpa perfume kan, dalam era globalisasi ni kau jangan maen2 taw laki pon da ramai yang tak buleh berpisah dengan perfume.

AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS
hubungan kekeluargaan yang erat antara perfume dengan perempuan.kalah adek beradik you.!! you olzz penah dengar ke perempuan bergaduh dengan perfume? tak penah kan. tak penah kan.

BAGAI KUCING DENGAN ANAK_KUCING
kalau kucing and anjing pantang berjumpa musti nak bergado., ha perempuan dengan perfume yang hebat2 pon pantang berjumpa jugak. kalau berjalan melepasi kedai perfume tuh, kepala menoleh 90degree jugak laa..kalau bole pusing 180degree sure da pusing kepala dah. heheeeee

BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH
nak kate nye orang pompuan ni sangat lah secure terhadap perfume2 diorang. dah beli mahal2 kan, sampai nak gune pon sayang..tehee ~ nak tumpah kan apetah lagi. ade sesetengah perempuan tu, kalau member nak pakai sikit perfume diorang.,
 "ha kau langkah mayat aku dulu". 
ish ish =.= aku tak macam ni yer harap maklum. 


ni lah favourite perfume aku and yang aku tengah guna currently. sangat lah best.!! aku suke sangat bau dia yang macam sweet.macam nak makan nyumnyum!!


below are my best suggestion to you guys also., cubelah..conpem tak menyesal.i loiikeee ~





14 December 2010

bola basket di bilik syakirah


tingtong.! tu bukan bunyi loceng pintu rumah tahu tapi bunyi kepale otak aku yang tengah tingtong sebab mawu tido..teheeeee  =.="

ni merupakan first day aku as a mahasiswi tau..penat mencari kelas kat uia yang besar nih jangan cakap lah.tu belum campur lagi dengan saat dan ketika kami tersesat dan terpusing-pusing mencari arah lagik. tangkap leleh wa cakap sama lu. uhukuhuk

objektif:
sebenarnya tajuk entry kali ini dah jauh terpesong daripada matlamat aku menulis entry. tapi untuk meng-kover balik karangan aku yang terpesong ni, mari lah aku kaitkan cerita-cerita yang tersirat dan tersurat ye,  T_T


ini adalah cebisan-cebisan gambar taaruf week kita orang yang sungguh menyeksakan.tido tak sampai 4jam and mandi sehari sekali and tido di masjid and dengar briefing yang non-stop. jemput melayan diri.



okay cube korang teka aku di mana saat ini. salah.bukan kat dewan CAC lah tapi aku kat bilik syakira madzlan sebab tu aku boleh online haihaaaa  T_T  ha..cube korang teka mane syakira? mustilah die malu2 nak bergambar kankankan.. "malu ke? hmmmmm

ni lah yang aku geram.and nak mengadu. setelah berhempas pulas kengkawan aku mendaftar kan wifi UIA ni sampat tersesat2, akhirnya aku discover yang bilik aku tak dapat connection!! jawabnye aku tidak dapat online di bilik.!! cis cis cis
faktor ini ah yang membuat aku berhijrah seketika di bilik syakira madzlan memandang kan line kan bilik die sangat best and laju.. T_T  nangis jap.


yang paling membengangkan is p1.wimax aku juga tidak membantu langsung.!! haihhh kau ni memang betul lah.. saya dengan ini menyeru kepada syarikat wimax tolong lahh improve coverage anda di gombak.!! pleasseeeeee . dasar berukband..teheee
marah tak.,marah tak...

okay yang pasal bola basket tu pulak aku tipu je, mane si syakirah ini ada bola basket, bola basket aku tengah aman d bilik kek umah den laa..haaa motif diaa is tadi on the way to bilik dia and diorang tadi aku ternampak court basketball lalu teringat kat my bb kat umah tu haaa...rindu kat my bb is not my blackberry or my baby okay tapi my basketball.huhu
okay sekian terima kasih. =.="
objektif tercapai.


01 December 2010

a daY out with encik kesayangan.


i always nervous everytime i need to hang out with him. seriously i do.
he can't understand why is that so..neither do i.

But one thing for sure, i'm having a great time while being with you and i'm freakingly afraid of losing you. 
*buleh tak kalau i nak jadikan phrase i'm afraid of losing you tu alasan kenapa i suka tarik muka especially time you nak hantar i balik umah eventhough kita da sehari suntuk spend time together?? hee

okay enuff with the romance, sebelum readers label aku nih jiwang. haha oh nooo, not at all. Tapi kan, we did have a perfect date everytime we went out together. hurm..almost lah kan kalau tak ade arguement tu tipulah pulak. Satu fact pasal our date,, WE DO LOVE TO HANG OUT AT NIGHT. Maybe sebab aku ni nak jadi vampire palsu tu one of the reason kan. Tapi kamo orang jangan salah faham. Aku ni memang lahh sangat suka kalau keluar hangout malam2, even dengan kawan2 aku. Rase dunia time malam nih happening, lagi2 rumah aku kat tengah2 KL yang sibuk lagi meriah ni. Panas pon tak.. Lagi pulak, major reason is my encik kesayangan is a putera lilin. hahhahaha nampak macam tak cool but it is actually kind of cute. like sweatt~ =.="

seriously aku ni tak sampai hati kalau nak keluar dengan dia siang2 apetah lagi time panas tuh.nanti aku nampak laa muka dia tu merah2 macam terok gila pastu buat muka comel tengah menahan panas. Mulalah aku terasa dia tu cantik and aku nih macho kan.  T_T
Walau pon begitu kan (haha skema skema) , whenever we go for a date and wherever we went to does not matter,all i know is i'll miss him everymoment i realise he is not by my side. n_n

CCM PARTY at KFC taman putra

Ahlan wasahlan

Haih.dalam kebuntuan yang sedang melanda diri ini aku decide tok update blog aku yang telah lama tidak terupdate. Okay mari berbicara tentang CCM KFC PARTY yang aku hadiri baru2 ini. yeahh

ouh i wonder ape natang CCM tuh kan. jawapannye CELEBRATION FOR CUSTOMER MANIAC.
ouh i wonder pulak ape natang MANIAC tu kan.berapa banyak wonder lah kau ingat ni wonder girl kee..  =.=" jawapannye ialah kegilaan.ya. maniac is kegilaan terhadap sesuatu. dalam case KFC protocol ini ialah staff and manager and yang sewaktu dengannye bertindak sebagai seorang individu yang saangat gilakan customer.kami sangat gembira kalau customer datang memeriahkan kfc kami.  T_T
*padahal dalam hati berdoa..jangan lahh kfc aku ramai customer ari ini supaya aku bole bekerja dengan mengangkang iaitu tidak berbuat ape ape  =.="

untuk memeriahkan suasana, tema CCM PARTY KFC TAMAN PUTRA kali ini ialah tradisional. ade gak kakak2 sokseksoksek "ape daa tema tradisional,bosan. cubelah tema sexy and hot kew,ape lagi boleh lah aku bergaya sakan meaawwwww.!!!"  T_T haih..yelah ape2 lah kakak2 sekalian...


so ini merupakan manager aku merangkap kawan kecik2 aku merangkap jiran merangkap pengangkap dan perangkap dan serangkap pantun.. haihhh
ouh SITI pinky HAWE name glamour dye.kuikui


yang ini ialah si gorgeous IDRIS. He is a convert tawtawtaw. Sangat bersopan dan lemah lembut dalam dunia.sumpah tau aku tak tipu.. suara dia.ohh my sangat lah perlahan dan bersopan, korang nak dengar dia membebel or melawak bodoh apatah lagi. Subhanallah.


ini lak KAK RAWK. haha tidak.nama dia ROKIAHJAN. She is a senior dalam KFC.sape nak isi booorang.hehhehehee


tara.!! special souvenir for CUSTOMER MANIAC TEAM.
jangan jeles.ini tiada di pasaran yeawwwww


ini manager currently di KFC TAMAN PUTRA.
*sementara stok masih ade tawtaw.hehheee
p/s: yang tengah tu RM aku MISS NIZA. bukan sugar mummy lah, dye jadi RM stands for restaurant manager yakni bos kpd manager2 aku nih..huhuu dye single lagi.sape nak sape nak.


ini lah warga gurlll dan wanita kat KFC.kami sangat comel dan menceriakan hari2 KFC kami.haha
enuff perah santan, okay yang guys pulak sori malas nak letak gamba.tengok sendiri di album facebook aku.haha jangan marah.


ouh.ouh. mari mahu cerita. alkisah nye setiap department kena buat satu persembahan untuk malam ni. oleh kerana sebab saya sibuk, saya tidak berbakat, saya malu2 anjing, saya ada penyakit A.K.A SAYA MALAS. manager aku miss niza telah mengarrange satu pertandingan yang sangat gila. aku tak suka pertandingan itu kerana ianya macam nightmare.wuwuwwuu. untuk kesejahteraan bersama mari lah kita sama2 tak bercakap pasal pertandingan ini. 

tapi satu perkara lagi yang lawak ialah malam ni ade nomination untuk THE BEST DRESS untuk laki and pompuan. laki kene vote untuk 3 calon girl and girl pon ramai2 sepakat kena vote untuk 3 calon boys. ala2 finalist gitu. yang kelakarnye.. aku terpilih sebagai finalist ampa nak tawwwww... padahal kan.malam tu aku kerja shift yang terakhir., so tak mandi tak ape teros tuka baju and tunggu kengkawan lain datang dari uma..
tambah2 kelaka.kitorang finalist nih disuruh buat catwalk.!! oh nooo korang bayangkan lah aku yang kaku lagi kayu ni jalan kucing macam mana. hahaha untuk kesejahteraan bersame merangkap keamaanan sejagat juge elok lahh gamba2 kitorang tu tak aku siarkan.. buruk bebeno ghupenyee  T_T

MENANG?? dah kate aku kaku lagi kayu kan, conpem2 lah tak menang kan.haih baju yang aku pakai pon cikai2 je ala2 cukupkan syarat je. nak tahu sape yang menang?? KAK RAWK. dye pakai punjabi suit yang liplapliplap bebb... GLAMMMM gitu.. hidup KAK RAWKKKKK 

pape pon it is a great honour to be part of the team. i am proud to be a customer maniac. huu
macehhh..macehhhh..  n_n