Beloved Fwenz

09 August 2011

kau nak sebat muka aku?!!!!!

assalamualaikum. salam satu malaysia.

eheh salam ramadhan al-mubarak lah ye sempoi pulak aku punye pembuka bicara malam nih =)
tak sangke cepat naw mase berlalu kalau aku kecik2 dulu nak tunggu waktu berbuka punyelah menyeksa kan rase macam berade di tengah padang pasir aku tersadai di ruang tamu dengan muka kehausan macam dah seratus tahun tak minum air, hyperbola gila kan. apetah lagi nak tunggu sebulan untuk berpuasa.pergh tak eeengaaaaattttt.... haha sekarang ni bila dah dewasa *ecececee pejam celik dah 9 hari kite berpuasa ye. bagusnye bagusnyewww

camni ah muka aku time pose.camni ah..
kata orang tua2; hey aku dah lame hidup dah banyak makan garam. mula2 aku waswas jugak diorang nih tak kena darah tinggi ke makan garam banyak sangat. noob sungguh saye T____T

so aku nak kate aku dah tua; aku mude lagik baru dua tahun.kekekeke tapi apesal macam banyak je pengalaman aku lagik2 dalam menghandle bermacam2 manusia yang bergelar customer. Lagi2 sepanjang aku bekerja kat KFC sebagai cashier kan. KFC Taman Putra dan KFC Tesco Ampang latih aku untuk menjadi lebih matang untuk berhadapan dengan bermacam2 ragam customer

Mase mula2 aku kerja kat KFC Tesco Ampang kan kau tahulah shopping complex macam mana packed die; tak pernah tak ade customer kat kaunter.! Aku pernah tengok report kat kaunter aku dalam sehari aku telah greet customer "HI SELAMAT DATANG.! MAKAN SINI KE BUNGKUS YE" atau "HI WELCOME.! HAVING HERE OR TAKE AWAY?" sebanyak 444 kali!!! dalam department cashier greeting adelah perkare wajib untuk setiap customer harap maklum.kalau kau pegi KFC die tak greet kau; kau cube greet dia mesti die terpaku.huahuahua

Customer1
aku punye air garam hidup yang sampai skang aku ingat kan; time tu memang macam biase laa setiap kaunter orang berator panjaang2 memang semua buat muka menunggu pandang aku dengan penuh harapan i was like weyhh saba ahhh tangan aku ade dua je!! So masa tu KFC ade wat promotion untuk Melody set which akan dapat free tabung KFC yang ade lagu. 
Melody Meal ni lah yang aku maksudkan
So bila sampai kat customer tu a pakcik yang muka ala2 askar ketat gitu. Die order Melody set but aku difaham kan yang kita tak boleh jual dah set tuh sebab stock untuk free gift dah habes and baru di order oleh manager aku. 
Aku pon kata kat dia "sorry sir free gift untuk set tuh dah abes stok so kami tak jual da promotion tu nanti sir rugi" 
Then dia kate "Yang tuh ade.!!!" dia muncungkan mulut kat display tabung KFC tu. i was like"eh kau ni tak paham ke name pon DISPLAY mana ley jual. Aku kata "oh maaf cik tu untuk display sahaja"
Sekali dia tinggi kan volume dia "Ahhh takde.!! Aku nak jugak, bak sini! Ah aku da datang penat2 aku tak kira turunkan jugak.!!" i was like eh kau ingat aku tak penat ke layan orang macam kau. So aku tanye la kat kak Sue yang senior kat situ die kate "kau bagi je". memang lah kitorang ni pon malas nak argue ngan customer lagi2 tengah2 busy macam nih. So aku pon turunkan lah display tabung tu.
Pastu en dia bole bentak aku lagi "Ha nak bagi tak nih??!!" aku angguk je la. dia jerit lagi "Ha makesure kau bagi ye jangan tak bagi kalau tak aku sebattt muka kau.!!" 
i was like "whatttttttt.!!!!!!" kau siape askar ke polis ke nak men sebat2 muka aku!!!! aku dah la baru kat situ terus aku speechless for the very first time orang layan aku macam tu. Semua orang terpaku tau aku tataw nak kate apa aku paling ke belakang sebab aku nak nanges AHAHAHA tetibe aku dengar suare manager aku time tu; Sir Hamim daripada belakang "kenapa nih"
Then aku kate kat manager aku "Sir handle ah orang nih" aku terus blah gi bilik manager then nanges. HAHAHA So bila dye dah setel dye pujuk aku sambil bagi aku makan ice cream! hahaha

Lepas kejadian tu aku macam dah takde perasaan dengan customer. HAHA kau nak marah aku kau marah laaa its like masuk telinga kanan kelua telinga kiri. Not rude but aku akan buat muka seposen then pandang customer tuh and kata "Im sorry" eventhough tu memang salah dia; then bila dia blah aku tersenyum sinis. Haha very pathethic kau ni period ke nak emo2. =') 

Customer2
Aku deal dengan customer Arab yang bangang tak tahu speaking English sepatah haram pon.! woi kau tahu English tu kan bahasa antarabangsa kau nak gi negara orang kalau tak tahu nak cakap guna bahase asal negara dia takpelah at least belajar lah basic bahasa komunikasi antarabangsa taklah menyusahkan orang. Haha so dia nak order snake plate tapi sepatah haram tak tahu bahasa Inggeris; aku punya lah buat bahasa isyarat dah macam orang bisu jadiknye. Nak order aku tunjuk gambar kat menu; nak ayam aku tunjuk ayam spicy and ayam original. Perghh nek gila aku. 
Kawan2 aku kat belakang dah jerit2 "Ya Habibi.! Ya Maulana.!!" haha sengal sekor2.
okay lah last sekali aku nak tanya air. I was like buat isyarat minum "drink sir? Pepsi, Strawberry? 7up? Orange?" sambil tunjuk kat logo air tuh.!! pergh
Sekali dia jerit "Pepsi? NO PEPSI, HARRRRRRAAAMMMMMMM.!!!!"
Dah la time tu busy i was like "okay kau ni orang arab kat negara kau Pepsi tu haram ke.sory ah beb" So aku pon beriya lah mintak maaf dan suggest air lain.
LAST2 ORANG ARAB TU BOLE PILIH PEPSI AS THEIR DRINK.!!!! nampak sangat tak paham ape aku cakap.noob tahap babun nih =.="

Customer3
Kali ni aku deal dengan seorang artis dan mak die. Ramai je yang aku layan; tapi time tu actress Liyana Jasmay datang dengan mak dia
ni la liyana jasmay
So macam biasa rutin budak2 laki kat belakang kalau ade awek datang je kat kaunter lagi2 pelakon semua akan berbaris kat belakang dengan kepala yang terjulur. Panjang2 leher sorang2 nak mengintai. Hampeh betui =.=" Tapi mase tuh liyana jasmay pakai baju kurung je and tak pakai make up
camni lah lebey kurang muke die time tuh; cun sikit la dari ni.ni gamba bile ntah ni *courtesy of google
Tetibe time aku tengah buat order dia sorang senior kat KFC nih time tu dia paling ensem laa jugak en kat situ lupa lak name.haha sori. Dia g jerit dari belakang "ooooo ni ke liyana jasmay.Tengok dalam tv macam cun.Tak cun pooonnnnn.!!" 
Perghh hampeh gila.sepantas kilat aku tengok muka Liyana Jasmay sambil tergamam. Dia buat muka ketat je and mak dia tersenyum. I was like "sorry la beb atas kesengalan kawan2 saya" =.=" aku speechless je sebenanye.

Customer4
Kali ni aku deal dengan actress jugak which was Lisa Suriani.
Lisa Suriani
Tyme nih dia ditemani oleh a guy yang agak macho; kazen dia ke kawan ke aku pon tak sure lah kan. Tapi dye sweet je la; RM aku time tuh miss liza siap mintak sign kat atas duit! haha Macam biase rutin harian budak2 lelaki kat belakang ialah untuk berbaris kat iland tempat ayam tu walaupun panas diorang sanggup; sengal. Yang lagi sengal nye bila Lisa dah abes order and amek barang2 dia dari kaunter aku n nak blah; Abang_senior_aku lupa nama kau jerit lagik daripada department belakang.. "LIsa.!!!! Nak nomboorrrrr.!!!!!! Again; aku tergamam. Lisa yang dah jalan tu pon terstop dan berpaling kebelakang kearah kitorang. Pastu dia sambung jerit "Nombor plat kete laaa.!!" hahahhaha i was like shit sian kat Lisa! haha pastu Lisa just tersengih and blah. bangang betullah budak2 nih; aku yang kena. =.="

Customer5
Aku deal dengan warga asing lah mostly from Indonesian, Bangladesh ke, Pakistan ke; tapi same je semuanya.. Kadang tyme aku penat tu rase tension gak layan diorang; kadang2 aku gelak nak mati je tengah2 packing ayam. haha  KAu bayangkan bila tanya diorang "Okay nak ayam spicy ke original" *aku refer kat ayam tuh punya flavour. Diorang boleh jawab "PEPSI" *referring kat air. bila aku ulang 4-5 kali soklan tu; diorang plak nak marah aku. haha then aku dah geram "NAK YANG PEDAS KE TAK?!" baru diorang tergamam and jawab "ooo..yang PEDDES..yang PEDDES" adoiyaiiiiii takle blah lagi kalau yang order "Kak saya mau beli AYAM SPESIAL" hahah kau nak ayam yang special cemana semua ayam ade dua kaki jek.kuikuikui

So moral of the story amacam lu ade brann ke deal dengan customer macam nih. Hahah aku nak promote KFC Tamaan Putra sebenarnye. untuk musim raye nih kitorang ade bukak "Staff Contract" untuk orang lua sebab ramai staff yang takde. Best laa payment dye pon mashuk. Sesape yang berminat sila halo3 saye. Hahaaha mekasihhhh.

4 comments:

Deng said...

Sebat muka...haha, cashierkan. Macam2 bleh jadi..

Syera Cullen said...

HAHA tau takpe deng. Memang lumrah kehidupan seorang cashier. Haha

Syera Cullen said...
This comment has been removed by the author.
Budak Puaka said...

haahhaah terbaik la kau...!!!

dalam banyak² time jual Melody Meal je yg aQu ingat hahahaha