Beloved Fwenz

31 August 2010

a true love story

Awak..dulu pernah saya nyatakan
Dalam hati ini ade sedikit kegusaran
Mungkinkah kegusaran ini sedikit demi sedikit
Akan menjelma dan menjadi realiti hidup
Dalam jangka masa yang terdekat ini

Awak..sejak kebelakangan ini
Awak jarang sms saya
Mengapa awak kini berlainan tingkah laku
Tidak seperti hari-hari biasa

Awak..hati ini terasa sesuatu
Mungkinkah awak telah berubah hati
Setelah saya dituduh
Mempermainkan perasaan awak selama ini

Awak..suatu hari
Saya sms awak sampai dua tiga kali
Tapi awak tak balas satu pun sms saya tu
Kerana awak makan hati dgn kesalahan saya
Awak..petang tu saya sms awak lagi
Saya mintak maaf
Saya tahu saya banyak buat perkara yang awak tidak suka
Lantas awak membalas
"Taklah saya tak marahkan awak
Takder sebab saya nak marahkan awak
Awak xpnh salah..saya yang salah krn pilih awak"
Tuhan je tahu betapa hibanya saya
saat tu

Entahlah sejak kebelakangan ini
Hati ini menjadi resah dan mudah tersentuh
Mungkin kerana kenangan dgn awak
Yang masih menghantui diri ini

Awak..saya tak nak kehilangan awak
Saya tak nak sejarah lama berulang kembali
Kali ini saya tak sanggup lagi
Kehilangan cinta dalam hidup ini

Awak..maafkan saya kerana bersikap begitu
Saya selalu buruk sangka pada awak
Saya sangka awak xendahkan saya dalam hidup awak
Entahlah saya pun tak tahu
Mengapa diri ini begitu mudah tersinggung
Sampai saya mmbuat keputusan terburu2
Kerana terasa dgn awak

Awak..sejak dari itu
Hubungan kita renggang
Tapi saya terus berusaha..utk kmbalikan semuanya
Walaupun harapan bagaikan tiada
Saya sentiasa berdoa dan berharap
Semoga hubungan kita terus mekar terjalin
Bagai air terjun yang tidak mungkin terhenti

Awak..pernah suatu malam awak kata pada saya
Bosannya malam nii takder benda nak saya buat
Saya tengah duduk2
Takder sape-sape kat sini cume saya sorang-sorang aje
Sambil ambil angin malam sambil saya memandang
Bintang-bintang dilangit
Awak lak ade katner skang nii
N tengah watpe tu

Awak..saya cakap kat awak
Saya ade kat kolej kawan saya nii
Tengah wat kerja sikit n awak kata
Takpelah awak teruskan wat kerja ya
Saya tak nak kacau awak

Awak..saya tak kan pernah biarkan awak sendiri
selagi saya mampu
saya bilang pada awak
Its ok.takpe saya pun tengah relaks nii
Benarkan saya temankan awak

Awak..saya juga suka perhati kan bintang
N saya akan kira satu persatu
Tapi bagi saya
ade satu bintang yang paling bermakna
Sedang berkelipan dan bintang itulah awak
Awak sentiasa menghiburkan
Hati saya dan saya sentiasa
Rindukan awak

Awak..biasanya lepas balik dari class saya mesti sms awak
Tapi malam lepas mandi baru awak balas
Pasal awak ada kelas malam n selalu ke bilik rakan
Handphone awak tinggal kat bilik
Saya tetap menunggu..awak hadir walaupun dalam pesanan ringkas

Awak... pernah suatu ketika
Awak sms saya kebetulan saya nak keluar
Ke gelanggang basketball
Dan pada masa tu hari lak nak hujan
Awak pesan pada saya janganlah pergi main
Awak kata bahaya nanti jadi ape-ape lak kat awak susah nanti
Saya kata jangan bimbang
Saya akan berhati-hati masa main nanti
Kalau hujan turun saya berhenti main

Awak..caring nya awak pada saya
Tak sangka lak saya ade jugak orang yang ambil berat
Tentang saya kat sini
dalam hati saya kata
Sayang jugak ya awak pada saya

Awak..awak telah mengajarkan saya
Akan erti cinta dan hidup ini dan percayalah awak
Awaklah inspirasi saya dalam mengharungi ujian2
hidup ini

Awak..sebelum ini.. saya tak pernah pun
Merasa bahagia seperti sekarang ni
Tidak saya duga wajah yang selama ini saya pendamkan
Rupa-rupanya akan menjadi
Jejaka idaman saya

Awak..kini sudah hampir semusim berlalu
Hubungan kita yang berjalan lancar tiba2 dilanda ujian terbesar
Atas kesilapan yang saya sendiri lakukan
Atas kesilapan yang tak pernah saya mahukan
Tapi saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi
Awak hadir dalam hidup saya..
Saya menyesal..n tak pernah letih untuk terus berusaha memulihkan semuanya kembali
Saya selalu berdoa
Moga-moga hubungan kita nii
Akan terus kekal dan mekar mengharum
Walau apa pun yang akan berlaku,
buat selamanya...





When i missed you, i re-read our conversation..and smile
=')

2 comments:

Anonymous said...

hik3.....take care...

sky jus said...

teruskan perjuangan mu itu.....aku sentiasa berdoa untuk mu....